Mitos Tentang Kucing Sakit Batu Karang

Doc, kenapa lepas kucing saya balik dari klinik dan makan ubat, kencing dia masih berdarah🙀? Kan dah mula makan ubat, sepatutnya baik la kan. Ini soalan yang paling banyak sekali ditanya.

 

Sebelum itu jom kita kenal dulu apa itu batu karang dalam kucing.

Batu karang dalam kucing ada beberapa jenis.

Jenis yang selalu dijumpai adalah

1️⃣Struvite

2️⃣ Calcium Oxalate

Boleh rujuk gambar 🙀👇👇👇👇👇👇

Di bawah permukaan pundi kencing dan salur kencing kucing ada banyak saluran darah. Jadi cuba bayangkan waktu kucing meneran air kencing keluar,  batu karang yang tajam bergerak bersama dan lukakan permukaan salur kencing.

Masalah batu karang dalam kucing boleh diselesaikan dengan beberapa kaedah.

Bergantung kepada jenis batu karang dan keadaan kesihatan kucing.

1️⃣Pengambilan ubat

2️⃣Pemasangan tiub kencing dan “flushing”

3️⃣Pembedahan pundi kencing.

4️⃣Makanan perskripsi

5️⃣Ujian darah (fungsi organ dalam/buah pinggang)

 

Kaedah-kaedah diatas biasanya dibuat serentak sekiranya batu karang besar/ risiko tersumbat semula tinggi.

 

Kencing berdarah akan hilang dalam masa 1-2 minggu walaupun kucing telah melalui kaedah 1️⃣➡️5️⃣ .

 

Jika ada kes 🐱kucing masih boleh kencing dan acik2 hanya memilih untuk mengambil 1️⃣ubat & 4️⃣makanan perskripsi, maka proses untuk melarutkan batu karang mengambil masa sekurang-kurangnya 1-2 bulan.

 

Jadi sepanjang 1-2 bulan itu, kucing masih boleh kencing berdarah dan ada risiko salur kencing tersumbat, dan cederakan buah pinggang. Dinding pundi kencing luka dan bengkak mengambil masa yang lama untuk pulih.

 

Tiub kencing kucing hanyalah bersaiz 1.0mm-1.3mm sahaja. Ada batu karang bersaiz 10mm keatas.

Cuba “pet parent” ambil pembaris dan tengok berapa besar saiznya. Boleh buat jambatan semut je. Sebarang batu karang yang lebih besar dari itu tidak akan dapat dikeluarkan melalui tiub kencing. 🙀

Oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawat. Tapi untuk kucing yang dah pernah kena batu karang, penukaran diet kepada perskripsi khas, penambahan “wetfood” dalam diet harian serta pengambilan air secukupnya dapat mengurangkan risiko kejadian berulang.

 

#infokucing #catsofinstagram #klinikhaiwanmelaka #klinikhaiwancheng #afiyahvet #kucing #klinikhaiwan #afiyahvet #ayerkeroh #rawang


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.