Doktor Kucing Saya Ada Bengkak Dalam Mulut Dia, Nanah Ke?

Tak semua bengkak tu ada lah nanah.

Masalah ini dipanggil

SUBLINGUAL SIALOCELE

Apa itu sublingual sialocele?

Keadaan dimana struktur bawah lidah membengkak disebabkan oleh air liur berkumpul dalam tisu berhampiran kelenjar air liur.

Tisu dalam mulut membengkak dan akan sebabkan kesukaran menelan/ bernafas. Dalam bahasa mudah, ruang dalam mulut/ tekak mengecil disebabkan struktur tisu yang bengkak.

Jadi kucing tu macam ada belon berisi air bawah lidah yang sebabkan lidah tertolak keatas dan belon tu juga boleh menutup sebahagian salur pernafasan kucing.

Apa faktor penyebab dia?

  1. Gigitan
  2. Trauma pada kelenjar atau sistem saliran air liur
  3. Ketumbuhan (neoplasia)
  4. Sialolith (batu dalam kelenjar liur)

Kes seperti ini adalah lebih kerap berlaku dalam anjing berbanding kucing. Namun untuk kucing, sublingual sialocele iaitu bengkak dibawah lidah adalah antara jenis sialocele yang selalu terjadi pada kucing.

Bila masalah ini terjadi, ia boleh sebabkan kucing

  1. Sukar menelan
  2. Sukar bernafas
  3. Tidak bermaya
  4. Mulut berbau
  5. Air liur berlebihan

Boleh sembuh ke dengan ubat je?

Malangnya untuk kes ini tidak boleh sembuh dengan ubat-ubatan sahaja kerana ia melibatkan halangan fizikal akibat kelenjar dan saliran air liur. Bayangkan ada belon air bawah lidah. Kan susah nak telan dan bernafas tu.

Rawatan paling berkesan

Ubat-ubatan

Pembedahan & ubat

Kombinasi pembedahan membuang kelenjar air liur (sublingual dan mandibular) serta membuat poket/ longkang baru (marsupialisation) untuk memudahkan pergerakan air liur supaya air lir tidak terkumpul lagi adalah praktis terbaik supaya kes tidak berulang dan untuk mengelakkan jangkitan dalam mulut.

Alhamdulillah selepas pembedahan, kucing kembali ada selera makan dan tiada kesukaran bernafas/ menelan.

Tak semua kucing yang air liur meleleh adalah disebabkan oleh jangkitan, ulser atau keracunan.

Jadi, minta acik2 semua tolong segera ke klinik jika kucing mengalami tanda2 seperti diatas ye.

#infokucing #catsofinstagram #klinikhaiwanmelaka #klinikhaiwancheng #afiyahvet #kucing #klinikhaiwan #afiyahvet #ayerkeroh #rawang #sungaiudang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.