
Mentang-mentanglah awal tahun ni kan. Ingat sibulus pun nak cepat kurus kena potong usus.
Keadaan ini dipanggil MEGACOLON. Usus besar kucing ni dah tak dapat berfungsi dengan baik hinggakan kucing dah tak boleh buang air besar dengan semulajadi. Jadi terpaksa dibuang bahagian usus yang rosak.
Macam mana kucing boleh dapat megacolon ni?
Antara punca jadi macam ni kerana
- Kecederaan saraf
- Tumor
- Bendaasing
- Hairball
- Tidak diketahui sebab (idiopatik)
Macam mana nak rawatnya?
- Ubat
- Penukaran diet tinggi fiber
- Pelembut najis
- Pembedahan
- Xray/Ujian darah
Masalah tak boleh buang air besar akan selesai hanya buat sementara waktu sahaja (berbulan-bulan atau bertahun)
hinggalah kucing tiada lagi respon baik terhadap kaedah ubatan no1 hingga no3.
Bila keadaan ini berlaku, pembedahan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kucing ini.
Boleh ke kucing hidup tanpa sebahagian usus besar?
Kucing akan buang air lembut dan lebih kerap selepas pembedahan. Keadaan untuk pulih semula akan mengambil masa 1 ke 2 bulan.
Jadi pastikan si bulus diperhatikan sewaktu proses buang air kecil/besar dan segera ke klinik untuk rawatan lanjut.





